BILA RINDU......
Rindu? ^_^
.. Jika kamu RINDUKAN seseorang, PEJAMKANLAH MATA MU dan
UCAPKANLAH:
“Ya Allah, aku rindukannya kerana-Mu Ya Allah,
Jauhkanlah daku dari perkara yang membuatkan aku lupa kepada-Mu. Aku semakin
mengerti, ‘JARAK’ ini bukan untuk menghukumku, tetapi ‘JARAK’ ini untuk MENJAGA
aku dan dia.
Dengan ‘JARAK’ ini aku dan dia berjanji untuk BERUBAH
menjadi yang lebih baik..
Dengan JARAK ini aku dan dia berjanji untuk MEMPERBAIKI
cinta kepada Ilahi..
Dengan jarak ini aku dan dia berjanji untuk MENCINTAI
Pencipta kami lebih dari segalanya..
Dengan JARAK ini aku dan dia berjanji untuk MENDALAMI
Islam hingga ke akar umbi..
Dan Dengan JARAK ini jua aku dan dia yakin andai tiba
saatnya nanti, aku dan dia akan LEBIH BERSEDIA untuk melayari semua ini dengan
jalan yang diredhai..
Terima kasih Ya Allah kerana memberi PELUANG kepadaku
melalui jalan-Mu ini. Terima kasih kerana memberikan JARAK itu kepada aku dan
dia.”Aamiin...
sumber : Mutiara Air Mata Muslimah
Tidak ada komentar:
Posting Komentar